Terma & Syarat

KEPADA BAKAL PELANGGAN YANG DIHORMATI. ANDA DINASIHATKAN  MEMBACA TERMA & SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PIHAK AVEC L'AMOUR CONCEPT (selepas ini disebut  sebagai ALC). DENGAN MEMBUAT TEMPAHAN, BERMAKNA ANDA TELAH MEMBACA, MEMAHAMI DAN BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT YANG TELAH DINYATAKAN. PIHAK ALC BERHAK MENGUBAH TERMA DAN SYARAT TANPA PEMBERITAHUAN KEPADA PELANGGAN.

TERIMA KASIH.


Di ALC, kami menyediakan pakej secara bayaran ansuran tertakluk kepada T&S seperti di bawah.

Pakej Perkahwinan dan Katering:

1. Pembayaran adalah seperti berikut:
    ~30% drpd harga keseluruhan pakej untuk pengesahan tempahan pakej
    ~60% drpd harga keseluruhan pakej selewatnya SATU bulan sebelum majlis
    ~10% drpd harga keseluruhan pakej semasa hari majlis

2. Pakej tidak boleh dibatalkan dan pemulangan pembayaran tidak akan dibuat sekiranya pembatalan dilakukan oleh pihak anda. Walaubagaimanapun, pakej boleh dipindah milik kepada orang lain yang dikehendaki dan dipersetujui oleh pihak ALC dan pelanggan mengikut harga pakej asal.

3. Setelah anda bersetuju dengan pakej yang ditawarkan, sebarang perubahan berkaitan tema, konsep dan warna hendaklah dimaklumkan SATU bulan sebelum majlis.

4. Sebarang penambahan yang ingin dibuat dalam pakej sedia ada akan dicaj harga lain.

5. Tempahan dan pengesahan pakej hendaklah dimaklumkan selewatnya ENAM bulan sebelum tarikh majlis berlangsung.

6. Harga dan kandungan akhir sesuatu pakej adalah berdasarkan perbincangan antara ALC dan pelanggan.


Pembelian Produk

1. Contoh dalam gambar adalah PRE ORDER. Pihak kami akan maklumkan kepada anda sekiranya barang tersebut masih ada stok atau tidak.

2. Tempoh penghantaran bagi barang home made seperti bunga eva adalah 2-3 minggu daripada tarikh anda bank in (bergantung kepada kuantiti yang ditempah).

3. Tempoh penghantaran bagi barang siap seperti aksesori dan hiasan pelamin pula adalah 1 minggu daripada tarikh anda membuat tempahan dan menjelaskan pembayaran.

4. Semua barang tempahan akan dihantar menggunakan Kangaroo Service.

5. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kerosakan kepada barang anda semasa proses penghantaran. Walaubagaimanapun, pihak kami akan memastikan barang dalam keadaan baik sebelum dihantar dan pelekat FRAGILE akan ditampal untuk mengelakkan sebarang kerosakan daripada berlaku. Sekiranya berlaku juga, ianya di luar bidang kuasa kami.

6. Sila maklumkan details pembayaran anda kepada kami melalui emel aveclamourconcept@gmail.com atau talian telefon 012-462 4054.


7. Nombor akaun hanya akan diberikan melalui emel dan mesej sahaja.

8. Emelkan/SMS maklumat anda seperti di bawah untuk tujuan penghantaran:-
    ~NAMA
    ~ALAMAT
    ~BUKTI PEMBAYARAN (MASA&TARIKH PEMBAYARAN)
    ~NO. TELEFON



                                                                                                                                   


                                                                                                                                   Terima Kasih




No comments: